Lelaki warga emas maut dirempuh kereta ketika melintas jalan


KULIM – Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Paya Besar di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 pagi itu, mangsa, S. Muniandy, 78, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, mangsa dipercayai dari rumahnya di Kampung Paya Besar dan mahu ke sebuah kedai makan terletak di seberang jalan.


“Siasatan awal mendapati mangsa melintas dari arah bahu jalan sebelah kiri ke kanan jalan manakala kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang wanita berusia 27 tahun pula dari arah Paya Besar menghala Kulim Hi-Tech.

“Pemandu kereta tersebut bagaimanapun gagal mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kata beliau, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – K! ONLINE

Oleh AZAHAR HASHIM
23 Disember 2021, 1:15 pm
Gambar Media sosial

#Kosmo
#infosemasa
Follow ig info.semasa.my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong