Pelajar, buruh maut motosikal bertembung


LANGKAWI – Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Kampung Kumpulan, Jalan Ulu Melaka di sini semalam.




Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, mangsa, Ku Nur Shahrizal Ku Nor Sazali, 16, yang merupakan pelajar dan Anas Ali, 28, seorang buruh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ku Nur Shahrizal berasal dari Kampung Atas, Mukim Padang Matsirat manakala Anas pula dari Kampung Pasir Hitam, Air Hangat di sini.

Dua lagi mangsa iaitu isteri Anas, Artiyah Lashidullah, 20, yang merupakan pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan anak mereka, Nadiyah Anas, 5, dilaporkan parah.

Dua beranak itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Ku Nur Shahrizal yang menunggang motosikal Yamaha 135LC masuk arah bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave ditunggang Anas.

“Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Isteri dan anak Anas tercampak lima hingga 10 meter dari lokasi pelanggaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Oleh NUR AMALINA AZMAN
4 Disember 2021, 10:09 am
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong