Dua wanita maut kemalangan motosikal



Kulim: Dua wanita maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Paya Besar, di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, Nor Syamimi Amira Mohd Suhaimi, 20, yang menunggang skuter Honda Beat manakala dan penunggang Yamaha 15ZR, Nur Aleesya Md Anuar, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, penunggang skuter dalam perjalanan dari Taman Sederi manakala seorang lagi dari Kulim menghala ke Padang Serai.


"Sebaik tiba di tempat kejadian penunggang skuter keluar dari simpang Taman Sederi dan masuk ke laluan utama.


"Akibat jarak terlalu dekat, seorang lagi penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kanan skuter itu," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.


Menurutnya, penunggang skuter yang juga penganggur didapati tiada lesen memandu manakala seorang lagi mangsa bekerja sebagai operator kilang mempunyai lesen memandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: Disember 24, 2021 @ 8:35pm
MyMetroMutakhir
Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my
Gambar Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
Follow ig info.semasa.my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong