VIDEO: Maut ditikam ketika mahu solat Jumaat












KLANG – Hasrat seorang lelaki warga emas untuk menunaikan solat Jumaat bertukar tragedi apabila dia maut ditikam di hadapan rumahnya di Kampung Idaman, Pandamaran, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Sani Abdullah, 69, meninggal dunia akibat kecederaan di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal pihaknya mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bersiap untuk pergi menunaikan solat Jumaat di sekitar kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudian didatangi seorang lelaki yang bertindak menikamnya di badan dengan senjata tajam lalu melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Tambah Hoong Fong, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengesan suspek kes berkenaan.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. -K!ONLINE

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
10 Disember 2021, 5:25 pm
Video/gambar: Media sosial
Follow ig info.semasa.my

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong