VIDEO: Lelaki warga Indonesia parah ditikam rakan senegara


Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Indonesia parah ditikam rakan senegaranya di sebuah restoran di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, semalam.




Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku 9.40 malam itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Zakaria yang bekerja sebagai penebar roti canai di restoran itu parah ditikam dan kini dirawat di wad Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buloh.

"Mangsa dipercayai ditikam warga Indonesia yang juga pekerja kedai nasi lemak di restoran sama.


"Motif kejadian mangsa ditikam masih lagi dalam siasatan dan suspek kini sudah ditahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafa'aton berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam melalui Mers 999 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh memaklumkan insiden itu di kedai makan sebuah medan selera berhampiran.


"Sebaik menerima laporan, anggota polis rondaan Balai Polis Sungai Buloh tiba di lokasi dan dimaklumkan seorang lelaki warga Indonesia ditikam dengan pisau oleh suspek lelaki berusia 27 tahun warga sama yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Suspek ditahan oleh orang awam dan tangkapan semula dibuat oleh anggota polis rondaan," katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Disiarkan pada: Disember 20, 2021 @ 4:12pm
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my
Video/gambar: media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
Follow ig info.semasa.my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong