Buruh binaan maut dihempap kren


KUALA LUMPUR - Seorang buruh binaan warga asing maut ditimpa sebatang tiang besi dari sebuah kren yang terjatuh di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuchai Ent Park di sini pada Rabu.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiang besi berkenaan sudah diletakkan di atas tanah.



"Bagaimanapun, tiang itu tidak stabil semasa proses pemasangan lalu menghempap pekerja berumur 42 tahun mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi selepas cedera parah di bahagian kepala dan badan.


"Polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan maklumat di Balai Polis Brickfields di talian 03229792222 atau mana-mana balai berhampiran.

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL
29 Disember 2021
Video/gambar Media sosial

#SinarHarian
#infosemasa
Follow ig info.semasa.my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong