Seorang wanita maut, lima cedera tiga kenderaan bertembung


TAWAU: Seorang wanita maut manakala lima individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kampung Nasip Kita, Jalan Apas petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.57 petang itu, wanita dikenali sebagai Noor Aqila Ibrahim,27, yang menaiki Toyota Vios tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Julis John Stephen Jr berkata, tujuh mangsa iaitu lima lelaki dan dua perempuan terlibat dalam kemalangan membabitkan pertembungan tiga buah kenderaan tersebut.


“Seorang mangsa wanita disahkan maut oleh pegawai perubatan, lima mangsa mengalami kecederaan dan seorang mangsa tidak mengalami kecederaan.


“Seorang lagi mangsa yang menaiki Toyota Vios bersama mangsa yang maut iaitu Wan Ramzi Wan Omar, 27, yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)mengalami patah kaki kiri.


“Sementara itu, penumpang yang menaiki Proton Saga dipercayai Grab iaitu Al Hafiz Mohd. Basir,26, selaku pemandu mengalami cedera parah manakala, tiga penumpang dikenali sebagai Kuhan A/L Neelamegan,29, mengalami pendarahan dalaman dan dua mangsa yang mengalami lebam pada bahagian kaki kiri iaitu Vasanthakumar A/L Segaran,29, dan Shalini A/P Thiagarajan,30.


“Seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Hasil Abdul Kahil,61, yang menaiki sebuah lagi Toyota Vios tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan jentera EMRS.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 3.44 petang.- UTUSAN ONLINE

Oleh SURAIDAH ROSLAN
2 Disember 2021, 7:03 pm
Gambar: Bomba/Media sosial

#UtusanOnline
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong