Posts

Showing posts from December, 2021

Buruh binaan maut dihempap kren

Image
KUALA LUMPUR - Seorang buruh binaan warga asing maut ditimpa sebatang tiang besi dari sebuah kren yang terjatuh di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuchai Ent Park di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiang besi berkenaan sudah diletakkan di atas tanah. "Bagaimanapun, tiang itu tidak stabil semasa proses pemasangan lalu menghempap pekerja berumur 42 tahun mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi selepas cedera parah di bahagian kepala dan badan. "Polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kemalangan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan maklumat di Balai Polis Brickfields di talian 03229792222 atau mana-mana balai berhampiran. MOHD HARIS FADLI MO

Remaja lemas di Lata Air Hitam

Image
Batu Kurau: Remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Lata Air Hitam, Jelai di sini, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.17 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau, dikerahkan ke lokasi. Katanya, mangsa Mohammad Fathussalam Mohd Baharulnizam, 16, ditemukan orang awam dua meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dan disahkan meninggal dunia. "Mangsa dijumpai oleh orang awam pada 12.49 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM). "Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Disiarkan pada: Disember 25, 2021 @ 5:47pm Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my Gambar Bomba/Media sosial #HarianMetro #in

VIDEO: Wanita cedera jatuh bangun di Batu Pahat

Image
JOHOR 24/12/2021. Makluman awal seorang wanita cedera selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Batu Pahat, siang tadi. #infosemasa Follow ig  info.semasa.my

Dua wanita maut kemalangan motosikal

Image
Kulim: Dua wanita maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Paya Besar, di sini, hari ini. Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, Nor Syamimi Amira Mohd Suhaimi, 20, yang menunggang skuter Honda Beat manakala dan penunggang Yamaha 15ZR, Nur Aleesya Md Anuar, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, penunggang skuter dalam perjalanan dari Taman Sederi manakala seorang lagi dari Kulim menghala ke Padang Serai. "Sebaik tiba di tempat kejadian penunggang skuter keluar dari simpang Taman Sederi dan masuk ke laluan utama. "Akibat jarak terlalu dekat, seorang lagi penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kanan skuter itu," katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, kedua-dua mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Ku

Lelaki warga emas maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

Image
KULIM – Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Paya Besar di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 pagi itu, mangsa, S. Muniandy, 78, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, mangsa dipercayai dari rumahnya di Kampung Paya Besar dan mahu ke sebuah kedai makan terletak di seberang jalan. “Siasatan awal mendapati mangsa melintas dari arah bahu jalan sebelah kiri ke kanan jalan manakala kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang wanita berusia 27 tahun pula dari arah Paya Besar menghala Kulim Hi-Tech. “Pemandu kereta tersebut bagaimanapun gagal mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kata beliau, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala disahkan meninggal dunia di

Pemandu lori maut kemalangan

Image
JOHOR 21/12/2021 Kemalangan maut melibatkan lori di Lebuhraya Senai Desaru (E22) pada hari ini. Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian. #infosemasa Follow ig  info.semasa.my

Pengantin baharu ditemukan lemas di Kampung Baru Lanjut

Image
SEPANG: Seorang lelaki yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu ditemui lemas di sebuah tali air berhampiran Desa Salak Pekerti, pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Syafiq Saharuddin, 26, yang juga pegawai operasi di bahagian pengurusan pelanggan di Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mayat mangsa ditemukan seorang penduduk kira-kira pukul 11 pagi dalam keadaan terapung di sebuah tali air di Taman SP 18, Desa Salak Pekerti, di sini. Beliau berkata, pemeriksaan tubuh badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah dan dipercayai mati lemas. “Sebelum itu, ahli keluarga mangsa sudah melaporkan kehilangan mangsa pada Ahad lalu di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi. “Menurut adiknya, mangsa kali terakhir dilihat ketika meredah banjir untuk mengambil barang rumah di Kampung Baru Lanjut di sini, yang pada ketika itu air berada pada paras dada,” katanya ketika

VIDEO: Lelaki warga Indonesia parah ditikam rakan senegara

Image
Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Indonesia parah ditikam rakan senegaranya di sebuah restoran di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku 9.40 malam itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Zakaria yang bekerja sebagai penebar roti canai di restoran itu parah ditikam dan kini dirawat di wad Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buloh. "Mangsa dipercayai ditikam warga Indonesia yang juga pekerja kedai nasi lemak di restoran sama. "Motif kejadian mangsa ditikam masih lagi dalam siasatan dan suspek kini sudah ditahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut, Shafa'aton berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam melalui Mers 999 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh memaklumkan insiden itu di kedai makan sebuah medan selera berhampiran. "Sebaik menerima laporan, anggota polis rondaan

Lelaki ditemui tergantung di dalam bilik

Image
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam kejadian di sebuah Flat Cheras Rias, Cheras di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.33 pagi itu, lelaki berusia 52 tahun terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik utama kediaman tersebut. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan. “Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku dan kematian dipercayai dengan cara menggantung diri menggunakan tali beg silang milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) di tempt kejadian. “Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan cara menghubungi Ketua Polis Balai Cheras A

Meninggal dunia tergantung pada dahan pokok

Image
SELANGOR 18/12/2021. Seorang individu ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di Tali Air 4, Tanjung Karang, semalam. Follow ig  info.semasa.my Sumber kiriman daripada pembaca info semasa #infosemasa

VIDEO: Polis tembak mati lelaki dikehendaki

Image
KUCHING: Seorang lelaki mati selepas ditembak polis di persimpangan Jalan Simpang Tiga - Batu Lintang, dekat sini sekitar jam 7.40 malam Rabu. Suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini. Suspek dipercayai berasal dari Kampung Pinang Jawa, Kuching telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga sebaik sahaja menyedari diekori polis. Beberapa anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching cuba menahan suspek, namun suspek cuba melanggar mereka, menyebabkan anggota terbabit terpaksa melepaskan beberapa das tembakan. Beberapa kenderaan turut rosak dipercayai dilanggar suspek. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah antara yang kelihatan di lokasi. Astro Awani Disember 15, 2021 22:31 MYT Video/gambar: Media sosial Follow ig  info.semasa.my #AstroAwani #infosema

10 terbunuh, 29 masih hilang bot dinaiki 60 PATI karam

Image
KOTA TINGGI – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh, manakala 29 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) hilang selepas bot yang mereka naiki karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, di sini awal pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi. Jelasnya, maklumat itu dikongsikan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penawar yang memaklumkan menerima maklumat daripada pihak Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot tersebut bersama PATI di Pantai Tanjung Balau. Katanya, berdasarkan maklumat awal, dianggarkan seramai 60 orang PATI berada di dalam bot berkenaan. “Seramai 21 orang dilaporkan selamat dan 10 mayat telah ditemui pasukan Tentera Darat Malaysia. “29 orang mangsa masih tidak ditemui. Maritim Malaysia telah mengakti

Wanita maut jatuh atas kereta

Image
(Info semalam) KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat lalu menimpa atas sebuah kereta yang diparkir di sebuah perumahan dekat Cheras, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 7.55 pagi. “Pemeriksaan di tempat kejadian telah menemui seorang wanita tempatan berusia 62 tahun terbaring dalam sebuah kenderaan akibat terjatuh dari tingkat sembilan flat berkenaan. “Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di tiba di lokasi dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami masalah mental,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, tiada unsur-unsur jenayah ditemui dalam insiden berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Jelasnya, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemati