Rozek kongsi resipi masakan di YouTube
MUTAKHIR ini, ramai anak muda menggunakan platform YouTube untuk berkongsi pelbagai kandungan yang mereka hasilkan buat tatapan umum. Rozana Mohaman Hamidi, 23, adalah antara anak muda yang mengambil peluang tersebut dengan menghasilkan saluran YouTube sendiri, Rozek TV. Dia yang mesra dengan panggilan Rozek menjelaskan, saluran YouTube itu menyiarkan kandungan berkaitan masakan. “Saya memang minat memasak sejak kecil. Sebelum ini, saya sering memasak dan berkongsi video di laman sosial Instagram peribadi. “Cuma di Instagram, saya tidak boleh berkongsi video berdurasi panjang. Lalu saya terfikir untuk menghasilkan saluran YouTube sendiri untuk berkongsi video-video tersebut agar lebih dekat dengan peminat masakan,” jelasnya yang berasal dari Batu Kurau, Perak. Dia mula menghasilkan saluran Rozek TV pada Mac tahun lalu. Walaupun baru setahun lebih, saluran yang dihasilkannya itu mempunyai lebih 100,000 pengikut. Bagi membolehkan setiap video berkenaan menjadi perhati...
Comments
Post a Comment