Dua rentung, kereta terbakar selepas kemalangan


GOMBAK – Dua mangsa ditemui rentung selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihak menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 3.53 pagi.

Katanya, sebanyak tujuh anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kereta Honda City terbakar 70 peratus manakala lori kontena juga terbakar sebanyak 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada dua warga tempatan iaitu lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun.

“Pemandu lori berkenaan sempat keluar dari kenderaan dan punca kebakaran dalam siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Oleh AZMI NORDIN
7 September 2023, 10:25 am

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki