Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong
KOTA BHARU – Umur seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan masih panjang apabila dia ditemui dalam keadaan selamat, selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40-an diselamatkan oleh orang awam apabila terjatuh ke kawasan tanah di bawah jambatan tersebut. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati orang awam melihat mangsa menunggang motosikal seorang diri sebelum terjun dari Jambatan Tendong. Menurutnya, lelaki itu diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dia dibawa ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas dengan menaiki ambulans. “Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. “Siasatan turut mendapati, mangsa merupakan seorang duda dan tinggal bersama i...