VIDEO: Kelindan lori maut tersepit


INDONESIA 17 MAC - Kelindan lori maut tersepit selepas dirempuh dalam satu kemalangan membabitkan 2 buah lori di Lebuhraya Batang - Semarang, Km 400/200 arah timur dekat Kendal, Jawa Tengah sekitar jam 2 petang semalam waktu tempatan.


Menurut sumber, mangsa dikatakan berada di belakang lori sedang menganti tayar di lorong kecemasan ketika kejadian.

Datang sebuah lori dari arah Jakarta ke Semarang dengan anggaran kelajuan 80km/jam tiba-tiba memasuki lorong kecemasan dan merempuh dari arah belakang menyebabkan mangsa tersepit dan meninggalkan dunia di tempat kejadian.


Mangsa yang maut dikenali sebagai Musiono berusia 63 tahun sebagai kelindan manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berada di bahagian hadapan lori.

Pemandu lori yang merempuh pula dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Siasatan awal mendapati, punca nahas dipercayai akibat pemandu mengantuk sehingga lori yang dipandunya memasuki lorong kecemasan lalu merempuh mangsa. - info semasa

#infosemasa

Follow Instagram info.semasa.my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong