VIDEO: Enam ditahan bergaduh isu bina jambatan di Tawau


TAWAU - Enam lelaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, ditahan polis selepas video mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak malam Ahad.



Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian merusuh di kampung berkenaan.





Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara penduduk kampung berhubung isu pembinaan dan pembaikan jambatan di satu kawasan yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Mac lalu.



"Seramai enam lelaki cedera dalam rusuhan ini dan telah mendapatkan rawatan di hospital di mana dua daripadanya ditempatkan di zon merah semalam.



"Hasil siasatan dan tindakan segera yang dijalankan telah berjaya membuat tangkapan terhadap enam individu berusia 20 hingga 70-an termasuk dua daripadanya warga asing pada awal pagi hari ini selepas dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, semua suspek yang ditahan dihadapkan ke Mahkamah Tawau untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

Berita berkaitan Tular lelaki bergaduh, saling menetak

Sebelum itu, tular satu video pergaduhan sekumpulan penduduk kampung dipercayai berlaku di kawasan perkampungan atas air berhampiran lokasi kebakaran yang berlaku pada minggu lalu di daerah ini.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, memaparkan sekumpulan individu mengunakan senjata dipercayai parang dan kayu dalam pergaduhan terbabit.

ASYIKIN ASMIN
21 Mac 2022
Video media sosial
Follow Instagram info.semasa.my

#SinarHarian
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong