VIDEO:Ditetak ketika jamu selera


Pontian: Ditetak ketika menjamu selera di sebuah restoran. Itu kejadian jenayah berlaku di Pekan Benut, di sini, semalam.


Kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang lelaki ditetak sekumpulan individu lain di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.12 petang berhubung kejadian.


Beliau berkata, berdasarkan maklumat, seorang lelaki ditetak oleh sekumpulan individu.

Katanya, menurut saksi, dua lelaki melarikan diri selepas melakukan jenayah itu, dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih dengan bernombor pendaftaran JST 6816.



"Mangsa berusia 40 tahun, parah, dipercayai kerana ditetak dengan senjata parang di beberapa bahagian tubuhnya dan dia dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut, " katanya.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup di restoran menunjukkan kejadian.


Bagaimanapun katanya, semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Orang awam yang melihat kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan atau hubungi 013-7145506," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 15, 2022 @ 9:31am
Video/gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong