VIDEO: Lelaki bayar duit minyak sambil berbogel


SYDNEY – Seorang lelaki pertengahan usia dilaporkan berjalan ke dalam sebuah stesen minyak di timur Sydney untuk membayar petrol dalam keadaan berbogel, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.


Kejadian yang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan situasi ketika seorang juruwang sedang melayan pelanggan di Edgecliff BP, New South Head Road pada Khamis minggu lalu.

Lelaki itu dilihat membayar minyak menggunakan telefon dengan bersahaja ketika juruwang itu cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya.

Selepas selesai membayar, dia kemudian dilihat dengan pantas berpusing dan berjalan ke keretanya.

Ketika lelaki itu mengisi minyak, seorang pekerja lain dilihat berada di dalam kedai dengan beberapa pelanggan turut menggunakan pam minyak berdekatan.

Video kejadian diperoleh oleh pengurus stesen radio Radio King, Bruno Bouchet dan pengacara stesen radio KIIS 106.5, Kyle Sandilands sebelum dikongsikan di laman Twitter.

Bouchet memberitahu laman berita Daily Mail Australia bahawa kejadian yang berlaku menyebabkan juruwang itu kehilangan kata-kata.

“Juruwang itu lebih bimbang kerana lelaki itu tidak memakai pelitup muka tetapi tidak tahu bagaimanan hendak menegur memandangkan seluruh badannya tidak ditutupi,” kata Bouchet.  – Agensi

Oleh KOSMO!
1 Februari 2022, 5:00 pm
Video Media sosial

#Kosmo
#infosemasa
Follow ig baru info.semasa_my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong