VIDEO: Lelaki jerut leher wanita guna tali kasut di perhentian bas


MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki didakwa atas kesalahan cubaan membunuh selepas menjerut leher seorang wanita menggunakan tali kasut di sebuah perhentian bas di Florida, Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion News semalam.


Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), suspek yang dikenal pasti sebagai Aaron K. Quinones, pada awalnya dilihat berpura-pura membetulkan tali kasutnya di belakang seorang wanita yang sedang menunggu bas.

Dia secara tiba-tiba mencabut tali kasutnya dan menjerut leher wanita berkenaan dari arah belakang.

Mangsa kemudiannya cuba menyelamatkan diri sambil diserang lelaki itu yang turut menumbuknya secara bertubi-tubi.

“Seorang lelaki lain kemudian tampil untuk menyelamatkan mangsa sebelum suspek bertindak melarikan diri.

“Suspek telah ditahan dan didakwa atas kesalahannya,” demikian menurut kenyataan polis.

Siasatan bagi kes tersebut dilaporkan masih berlangsung. – AGENSI

Oleh KOSMO!
7 Januari 2022, 6:30 pm
Video/gambar: Jabatan Polis Miami-Dade

#Kosmo
#infosemasa
Follow ig info.semasa.my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong