VIDEO: 9 lelaki gaduh guna pedang Samurai direman





Tawau: Sembilan individu yang disyaki terbabit pergaduhan dua kumpulan menggunakan pedang Samurai di Kubota Square di sini, kelmarin ditahan reman selama empat hari hingga Selasa.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Yunus, hari ini ke atas suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun selepas menerima permohonan polis.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Media semalam melaporkan video pergaduhan membabitkan dua kumpulan lebih daripada sepuluh lelaki tular di media sosial yang turut memperlihatkan mereka menggunakan senjata dipercayai pedang samurai.

Susulan video itu warganet gempar dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disiarkan pada: Januari 29, 2022 @ 10:15am
Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my
Video Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
Follow ig baru info.semasa_my

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong