Parah diserang kumpulan lelaki


 

Bukit Mertajam: Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tajam di hadapan rumahnya di Taman Alma, di sini, semalam..




Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, Datuk M Ramachandran, 70, dikatakan baharu turun dari kereta untuk masuk ke rumahnya.




Akibat serangan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) akibat kecederaan pada bahagian leher, peha, belakang kepala serta badan.




Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai diserang empat lelaki menggunakan senjata tajam.




"Siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa yang parah kini dirawat di HBM di mana keadaannya dilaporkan stabil.




"Individu yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sobirin di talian 018-2926844 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.




Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 4:49pm
Oleh Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
Gambar: Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa

Sumber: Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong