Lelaki ditemukan mati tergantung dalam flat


 

TAPAH – Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di kediamannya di sebuah flat di Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.22 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.




Katanya, setibanya polis di lokasi, lelaki berusia 39 tahun itu telah diturunkan oleh jiran setelah dimaklumkan isteri mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan sejurus selepas kejadian.




“Mayat mangsa telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan di bawah laporan mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Oleh ASLIZA MUSA
16 Julai 2021, 9:35 am
Video/gambar: Media sosial

#Kosmo
#infosemasa

Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong