Posts

Showing posts from March, 2022

VIDEO: Remaja lelaki maut jatuh dari permainan setinggi 121 meter

Image
ORLANDO, FLORIDA – Seorang remaja lelaki Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut selepas terjatuh daripada permainan menara drop tertinggi dunia pada ketinggian 121.92 meter, lapor akhbar The Sun kelmarin. Mangsa yang dikenali sebagai Tire Sampson, 14, terkorban dalam insiden tersebut yang berlaku di taman hiburan ICON Park, bandar Orlando dalam  negeri Florida pada pukul 11 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu. Sampson yang berasal dari negeri Missouri melawat Florida bersama keluarga rakannya, jelas Sherif Daerah Orange, John Mina ketika mengesahkan kejadian itu kelmarin. Rakaman dimuat naik secara online menunjukkan pengendali permainan tersebut bercakap kepada pengunjung yang menaiki permainan tersebut sejurus sebelum mereka ‘berlepas’. “Adakah anda sudah memasang tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar,’’ jerit pengendali itu ketika permainan bermula. Mereka dinaikkan pada ketinggian lebih 100 meter sebelum dijatuhkan dengan laju. Siasatan awal menunjukkan tiada unsur

Kemalangan maut di Lebuhraya Utara-selatan, Bandar Ainsdale ke Nilai.

Image
NEGERI SEMBILAN 21/03/2022 Kemalangan maut di Lebuhraya Utara-selatan, Km 276.6 arah Utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sekitar jam 7.30 malam tadi. #infosemasa

VIDEO: Enam ditahan bergaduh isu bina jambatan di Tawau

Image
TAWAU - Enam lelaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, ditahan polis selepas video mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak malam Ahad. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian merusuh di kampung berkenaan. Katanya, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara penduduk kampung berhubung isu pembinaan dan pembaikan jambatan di satu kawasan yang terlibat dalam kebakaran pada 17 Mac lalu. "Seramai enam lelaki cedera dalam rusuhan ini dan telah mendapatkan rawatan di hospital di mana dua daripadanya ditempatkan di zon merah semalam. "Hasil siasatan dan tindakan segera yang dijalankan telah berjaya membuat tangkapan terhadap enam individu berusia 20 hingga 70-an termasuk dua daripadanya warga asing pada awal pagi hari ini selepas dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Sinar

VIDEO: Tular lelaki bergaduh, saling menetak

Image
Tawau: Beberapa klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki termasuk aksi saling menetak menggunakan senjata tajam, tular di media sosial, sejak petang semalam. Selain rakaman video, turut dikesan tular beberapa keping gambar mangsa yang cedera dan berlumuran darah dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Difahamkan, insiden itu berlaku di kawasan penempatan atas air di Batu 4 Jalan Apas, iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian kebakaran yang memusnahkan lebih 500 buah rumah setinggan, Jumaat lalu. Menerusi video berdurasi kira-kira satu minit dan 10 saat yang dikongsi seorang individu yang memaparkan sekumpulan lelaki masing-masing dilihat memegang kayu dan parang panjang sebelum tercetus aksi tetak antara mereka. Turut kelihatan, beberapa individu yang cuba untuk meleraikan pergaduhan berkenaan, namun terpaksa bertindak melarikan diri apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan bertukar ganas. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan motif atau punca sebenar pergaduh

VIDEO: Kelindan lori maut tersepit

Image
INDONESIA 17 MAC - Kelindan lori maut tersepit selepas dirempuh dalam satu kemalangan membabitkan 2 buah lori di Lebuhraya Batang - Semarang, Km 400/200 arah timur dekat Kendal, Jawa Tengah sekitar jam 2 petang semalam waktu tempatan. Menurut sumber, mangsa dikatakan berada di belakang lori sedang menganti tayar di lorong kecemasan ketika kejadian. Datang sebuah lori dari arah Jakarta ke Semarang dengan anggaran kelajuan 80km/jam tiba-tiba memasuki lorong kecemasan dan merempuh dari arah belakang menyebabkan mangsa tersepit dan meninggalkan dunia di tempat kejadian. Mangsa yang maut dikenali sebagai Musiono berusia 63 tahun sebagai kelindan manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berada di bahagian hadapan lori. Pemandu lori yang merempuh pula dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan. Siasatan awal mendapati, punca nahas dipercayai akibat pemandu mengantuk sehingga lori yang dipandunya memasuki lorong kecemasan lalu merempuh mangsa.