Posts

Showing posts from February, 2022

VIDEO:Ditetak ketika jamu selera

Image
Pontian: Ditetak ketika menjamu selera di sebuah restoran. Itu kejadian jenayah berlaku di Pekan Benut, di sini, semalam. Kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang lelaki ditetak sekumpulan individu lain di restoran berkenaan. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 3.12 petang berhubung kejadian. Beliau berkata, berdasarkan maklumat, seorang lelaki ditetak oleh sekumpulan individu. Katanya, menurut saksi, dua lelaki melarikan diri selepas melakukan jenayah itu, dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih dengan bernombor pendaftaran JST 6816. "Mangsa berusia 40 tahun, parah, dipercayai kerana ditetak dengan senjata parang di beberapa bahagian tubuhnya dan dia dibawa ke Hospital Pontian untuk rawatan lanjut, " katanya. Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup di restoran menunjukkan kejadian. Bagaimanapun katanya, semakan mend

VIDEO: Padah langgar lampu isyarat merah

Image
Alor Gajah: Padah langgar lampu isyarat merah, dua beradik perempuan parah selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini, malam tadi. Dalam nahas jam 8.40 malam itu, mangsa, Anis Athirah Nor Azlan, 28, dan adiknya, Nur Aima Natasya, 19, parah di anggota badan. Difahamkan, Anis Athirah yang menunggang motosikal Honda Wave dan dibonceng adiknya dalam perjalanan dari Ampang, Selangor untuk bertemu tunangnya di sebuah kem tentera di Sungai Udang. Tindakan mangsa melanggar lampu isyarat merah itu tular di media sosial menerusi video kamera papan pemuka sebuah kenderaan pengguna jalan raya lain. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dua beradik itu masih koma dan dirawat di Zon Merah Hospital Melaka. Beliau berkata, siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng dari arah Plaza Tol Simpang Ampat menghala ke Alor Gajah sebelum membelo

VIDEO: Lelaki bayar duit minyak sambil berbogel

Image
SYDNEY – Seorang lelaki pertengahan usia dilaporkan berjalan ke dalam sebuah stesen minyak di timur Sydney untuk membayar petrol dalam keadaan berbogel, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin. Kejadian yang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan situasi ketika seorang juruwang sedang melayan pelanggan di Edgecliff BP, New South Head Road pada Khamis minggu lalu. Lelaki itu dilihat membayar minyak menggunakan telefon dengan bersahaja ketika juruwang itu cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya. Selepas selesai membayar, dia kemudian dilihat dengan pantas berpusing dan berjalan ke keretanya. Ketika lelaki itu mengisi minyak, seorang pekerja lain dilihat berada di dalam kedai dengan beberapa pelanggan turut menggunakan pam minyak berdekatan. Video kejadian diperoleh oleh pengurus stesen radio Radio King, Bruno Bouchet dan pengacara stesen radio KIIS 106.5, Kyle Sandilands sebelum dikongsikan di laman Twitter. Bouchet memberitahu lama

VIDEO: Kemalangan maut di Lebuh AMJ, Simpang Ampat

Image
0 MELAKA 01/02/2022. Kemalangan melibatkan motosikal dan lori di Lebuh AMJ dekat Simpang Ampat pada malam tadi. Menurut sumber, penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah dan dirempuh lori. Difahamkan seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera parah dalam nahas tersebut. #infosemasa Follow ig baru  info.semasa.my