Posts

Showing posts from January, 2022

VIDEO: 9 lelaki gaduh guna pedang Samurai direman

Image
Tawau: Sembilan individu yang disyaki terbabit pergaduhan dua kumpulan menggunakan pedang Samurai di Kubota Square di sini, kelmarin ditahan reman selama empat hari hingga Selasa. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dzul Elmy Yunus, hari ini ke atas suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun selepas menerima permohonan polis. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Media semalam melaporkan video pergaduhan membabitkan dua kumpulan lebih daripada sepuluh lelaki tular di media sosial yang turut memperlihatkan mereka menggunakan senjata dipercayai pedang samurai. Susulan video itu warganet gempar dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan. Disiarkan pada: Januari 29, 2022 @ 10:15am Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my Video Media sosial #HarianMetro #infosemasa Follow ig baru  info.semasa_my

Kejam! Lelaki penggal kepala ibu

Image
Kuala Selangor: Seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang yang memaklumkan kejadian seorang wanita dicederakan anaknya. "Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan. "Siasatan lanjut sudah dijalankan bersama pasukan forensik," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 28 tahun merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama mangsa dan suaminya. Katanya, anak-anak mangsa yang lain pula menyewa di kawasan berhampiran. "Siasatan lanjut mendapati kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ib

Dua sahabat maut kemalangan

Image
Kota Bharu: Dua sahabat maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 13 Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dekat sini tengah malam tadi. Mangsa, Muhamad Safuan Mohd Shukri, 25 dan pembonceng wanita, Shahri Azlin Ibrahim, 36, melambung sejauh 30 meter (m) sebelum terseret di atas jalan menyebabkan keduanya meninggal dunia serta-merta. Difahamkan, mangsa adalah rakan sekerja. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian 12.01 tengah malam apabila dua mangsa yang menaiki Yamaha RXZ dari arah Kota Bharu menghala ke Perol. "Dalam keadaan jalan yang agak gelap, sebuah kereta dipercayai Perodua Myvi berwarna oren melanggar bahagian belakang motosikal itu. "Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa melambung sejauh 30 m dan menyebabkan mereka terjatuh lalu terseret ke hadapan. "Dua mangsa itu parah di bahagian kepala dengan pembonceng turut putus tangan kanan dan mereka disa

Kemalangan motosikal di Lebuhraya KARAK-KL

Image
PAHANG 10/01/2022. Kemalangan melibatkan motosikal di Lebuhraya KL-KARAK, Km 31.2 selepas terowong Genting Sempah ke Gombak pada pagi tadi katanya Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai mangsa yang terlibat. #infosemasa Follow ig  info.semasa.my

VIDEO: Polis Kunak tahan tujuh remaja terbabit video tular

Image
KUNAK – Polis Kunak menahan tujuh remaja berikutan tular satu video memaparkan sekumpulan individu membelasah seorang remaja lelaki dalam kejadian di kawasan Tapak Tamu Pekan Kunak. Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, penahanan semua individu berkenaan ekoran susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa sendiri pada pukul 4.08 petang pada Sabtu. “Mangsa memaklumkan melihat video dirinya di akaun Facebook ‘Orang Kunak’ dan rakaman video itu menunjukkan mangsa dipegang dan dipukul oleh tiga suspek manakala dua lagi cuba menghalang suspek lain daripada terus memukul mangsa. “Rakaman akhir video pula memperlihatkan mangsa seperti pengsan dan terbaring secara tertiarap. Mangsa menyatakan kejadian berlaku pada 28 Disember tahun lalu sekitar pukul 12.30 petang di kawasan Tapak Tamu, Pekan Kunak. “Ia berpunca apabila mangsa menjual barang-barang yang dibeli secara kongsi bersama rakan-rakannya iaitu barangan bundle dan hasil jualan tidak dibahagi

VIDEO: Dibelasah hingga tidak sedarkan diri, apa nasib mangsa?

Image
Kunak: Satu klip video pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja lelaki tular di media sosial hari ini. Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain. Pada penghujung video terbabit, mangsa dilihat tidak sedarkan diri dipercayai akibat dicekik dari arah belakang oleh seorang daripada remaja terbabit dan keadaan mangsa tidak diketahui. Selain mencederakan mangsa, tindakan ganas mereka juga seolah-olah tidak menghormati atau menghiraukan laungan azan yang berkumandang ketika itu. Malah perbuatan tanpa belas kasihan itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja terbabit. Difahamkan, kejadian berlaku pada awal Disember tahun lalu di kawasan Tamu Minggu berhampiran sebuah sekolah agama, di sini, sebelum ditularkan sejak tengah hari tadi. Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dijangka akan mengeluarkan keny

VIDEO: Lelaki jerut leher wanita guna tali kasut di perhentian bas

Image
MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki didakwa atas kesalahan cubaan membunuh selepas menjerut leher seorang wanita menggunakan tali kasut di sebuah perhentian bas di Florida, Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion News semalam. Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), suspek yang dikenal pasti sebagai Aaron K. Quinones, pada awalnya dilihat berpura-pura membetulkan tali kasutnya di belakang seorang wanita yang sedang menunggu bas. Dia secara tiba-tiba mencabut tali kasutnya dan menjerut leher wanita berkenaan dari arah belakang. Mangsa kemudiannya cuba menyelamatkan diri sambil diserang lelaki itu yang turut menumbuknya secara bertubi-tubi. “Seorang lelaki lain kemudian tampil untuk menyelamatkan mangsa sebelum suspek bertindak melarikan diri. “Suspek telah ditahan dan didakwa atas kesalahannya,” demikian menurut kenyataan polis. Siasatan bagi kes tersebut dilaporkan masih berlangsung. – AGENSI Oleh KOSMO! 7 Januari 2022, 6:30 pm Video/gambar: Jab

[INFO SEMALAM]Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi

Image
Seremban: Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari. "Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah. "Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar di sini pada pukul 5.30 petang tadi untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Beliau berkata kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan. Disiarkan pada: Januari 6, 2022 @ 11

Mayat reput ditemukan di pesisir pantai

Image
Kuala Nerus: Mayat reput tanpa identiti ditemukan terdampar di pesisir pantai Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit di sini hari ini. Mayat itu ditemukan penduduk kira-kira 8 pagi tadi ketika melalui kawasan pantai berkenaan. Sebaik melihat mayat itu, penduduk memaklumkan kepada polis berhubung penemuan itu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya masih mengesan identiti mayat berkenaan. Beliau berkata, jantina mayat juga tidak dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang reput. "Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Balai Polis Batu Rakit untuk proses pengecaman. "Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Disiarkan pada: January 3, 2022 @ 6:44pm Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my Video/gambar: Media sosial #HarianMetro #info