Posts

Showing posts from July, 2021

Parah diserang kumpulan lelaki

Image
  Bukit Mertajam: Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tajam di hadapan rumahnya di Taman Alma, di sini, semalam.. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, Datuk M Ramachandran, 70, dikatakan baharu turun dari kereta untuk masuk ke rumahnya. Akibat serangan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) akibat kecederaan pada bahagian leher, peha, belakang kepala serta badan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai diserang empat lelaki menggunakan senjata tajam. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa yang parah kini dirawat di HBM di mana keadaannya dilaporkan stabil. "Individu yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sobirin di talian 018-2926844 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Kes rompakan bersenjata di Brazil

Image
 Kes rompakan bersenjata di Brazil baru-baru ini. #infosemasa

Penghantar makanan putus jari kaki kemalangan motosikal

Image
SELANGOR 17 JULAI - Kemalangan melibatkan penunggang motosikal dekat Seksyen 7, Bangi pada hari ini. Mangsa dilaporkan cedera putus jari kaki. #infosemasa

Mahkamah EU putuskan majikan boleh pecat pekerja berhijab

Image
LUXEMBOURG- Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan dalam blok tersebut boleh memecat mana-mana pekerja wanita yang berhijab ketika bertugas. Portal Independent melaporkan, dalam penghakiman itu, mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja. "Larangan berhijab mungkin wajar untuk dikuatkuasakan berdasarkan dasar agama dan ideologi yang dibuat majikan mengikut keperluan.- Awani 16 Jul 2021 #SinarHarian #infosemasa

Lelaki ditemukan mati tergantung dalam flat

Image
  TAPAH – Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di kediamannya di sebuah flat di Bidor semalam. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 9.22 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian. Katanya, setibanya polis di lokasi, lelaki berusia 39 tahun itu telah diturunkan oleh jiran setelah dimaklumkan isteri mangsa. “Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba untuk memberi bantuan sejurus selepas kejadian. “Mayat mangsa telah di hantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan di bawah laporan mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE Oleh ASLIZA MUSA 16 Julai 2021, 9:35 am Video/gambar: Media sosial #Kosmo #infosemasa

Kemaluan mengecil antara simptom Covid-19

Image
LONDON – Satu kajian mendapati sebilangan individu di seluruh dunia mengakui mengalami lebih 200 simptom Covid-19 panjang yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka, termasuk saiz zakar semakin mengecil, lapor akhbar The Sun semalam. Kajian secara online yang dijalankan di 56 buah negara itu menemui pelbagai masalah termasuk melibatkan otak, paru-paru dan kulit pesakit. Hampir 3,400 responden yang mengambil bahagian adalah mereka yang disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19. Daripada kajian tersebut, kumpulan  penyelidik mengenal pasti sebanyak 203 simptom melibatkan 10 sistem organ manusia. Antara masalah utama yang dialami responden adalah kegagalan fungsi seksual serta saiz zakar yang semakin mengecil. Selain itu, beberapa masalah luar biasa yang dialami termasuk menopaus pada usia  lebih muda, kegagalan untuk menguap dan menangis serta sikap agresif. “Dalam kaji selidik unik ini, kami menyoal secara langsung  penduduk di seluruh dunia untuk mendapatkan bukti. “Jadi, ini