[ VIDEO ] Kerana dendam, 5 pejalan kaki maut



Dalian: [ DIKEMASKINI ] Lima pejalan kaki yang sedang melintas maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju dalam kejadian di sini, pada Sabtu.

Lelaki berusia 32 tahun yang memandu kereta itu cuba melarikan diri selepas rempuhan itu bagaimanapun berjaya ditahan, lapor SCMP.

Siasatan awal polis mendapati suspek yang hanya dikenali sebagai Liu bertindak demikian kerana kecewa pelaburannya gagal dan mahu 'membalas dendam terhadap masyarakat'.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon bimbit kejadian yang kini tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan hitam memecut ke arah sekumpulan pejalan kaki ketika mereka melintas.


Menurut kenyataan polis, Liu yang bekerja sebagai pendandan rambut melanggar lampu merah dan memecut dengan kelajuan 108 kilometer sejam dalam tujuh saat sebelum merempuh kumpulan pejalan kaki itu.


Selepas merempuh pejalan kaki, Liu melarikan diri dengan keretanya sebelum bertembung dengan van di sebuah persimpangan.




Dia kemudiannya meninggalkan kenderaan itu dan cuba melarikan diri dengan berjalan tetapi berjaya ditangkap polis pada 1 tengah hari.


"Suspek tidak dapat menerima kegagalan pelaburan peribadinya dan kehilangan kepercayaan dalam hidup, jadi dia membalas dendam kepada masyarakat," kata jurucakap polis.


Empat mangsa mati di tempat kejadian dan mangsa kelima meninggal dunia tidak lama kemudian di hospital.




Lima yang lain cedera dalam kejadian itu, kata polis.


Wakil Ketua Polis Dalian, Qu Bo pada Ahad berkata, suspek ditahan atas tuduhan 'membahayakan keselamatan awam'.


Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum mati.


Disiarkan pada: Mei 24, 2021 @ 12:35pm

Video: Media sosial


Sumber: Harian Metro

- Info Semasa






Comments

Popular posts from this blog

Rozek kongsi resipi masakan di YouTube

Lelaki murung selamat lepas terjun Jambatan Tendong