Dabbah - makhluk yang akan keluar akhir zaman
Al-Dabbah adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman
apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama dan keluarnya
Dabbah ini merupakan antara tanda-tanda besar hari Kiamat.
Menurut
Imam al-Tabari ada menyebut bila ditanya berkaitan Al- Dabbah, Dabbah
akan keluar apabila manusia sudah tidak menyuruh kepada kebaikan dan
tidak mencegah kepada kemungkaran. Imam Ibnu Katsir pula menyebut
binatang ini akan keluar pada akhir zaman semasa manusia melakukan
kerosakan dan manusia meninggalkan segala perintah Allah SWT dan juga
pada ketika manusia menukarkan agama asal mereka iaitu Islam kepada
agama yang bukan Islam.
Di mana Dabbah akan keluar?
Banyak
pendapat ulama mengatakan Dabbah ini akan keluar di Kota Mekah. Ada
juga yang berpendapat Dabbah akan keluar di Bukit Safa di dalam Masjidil
Haram tetapi ramai ulama bersetuju bahawa Dabbah akan keluar dari dalam
perut bumi sepertimana firman allah SWT dalam Quran.
Bila Dabbah akan keluar?
Sesetengah
ulama berpendapat Dabbah akan keluar seiring dengan matahari terbit di
sebelah barat. Ada juga yang mengatakan Dabbah akan keluar selepas
peristiwa Ad-Dukhan. Apa pun menurut hadis Nabi Muhammad saw Dabbah akan
keluar pada akhir zaman.
Ciri-ciri Dabbah
Terdapat enam ciri ciri Dabbah:
1) merupakan binatang berkaki empat dan
berkuku
2) boleh berkata-kata dan boleh berkomunikasi
dengan manusia
3) binatang yang tidak berekor
4) saiz yang sangat tinggi dan sangat besar
5) bertanduk seperti kambing gurun
6) Dabbah akan berkata kepada orang yang
tidak beriman bahawa manusia tidak lagi
meyakini ayat-ayat Allah
Apakah Dabbah akan lakukan?
Dabbah
akan pergi kepada setiap manusia yang masih hidup di atas muka bumi
pada ketika itu membawa dua benda yang pertama cincin Nabi Sulaiman as
dan kedua tongkat Nabi Musa as.
Dabbah tidak akan mencederakan dan memperlakukan perkara buruk pada manusia.
Apabila Dabbah datang kepada seseorang, Dabbah akan berkata "engkau telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Allah".
Dabbah
akan membezakan antara orang yang beriman dan kafir dan ini juga
bermaksud pintu taubat sebenar-benarnya telah tertutup maka kita tahulah
amalan hidupnya dan pengadilan yang akan diterima ketika hari
pembalasan.
Dabbah akan mengeluarkan salah satu di antara cincin
Nabi Sulaiman as ataupun tongkat Nabi Musa as. Sekiranya seseorang itu
menerima cincin Nabi Sulaiman as maka mulai saat itu manusia tidak lagi
akan memanggil kita dengan panggilan nama tetapi manusia akan memanggil
kita 'hai orang kafir'.
Sekiranya seseorang itu Dabbah
mengeluarkan tongkat Nabi Musa as maka manusia akan panggil kita dengan
panggilan 'hai orang mukmin'. Menurut hadis daripada Abi Hurairah R.A,
daripada Nabi SAW bersabda:
'Dabbatul Ardh akan keluar dan
bersamanya tongkat Musa AS dan cincin Sulaiman AS. Ia akan menekap
kepada orang kafir. Kata Affan[1], pada hidung orang kafir dengan
cincinnya dan jelaslah keceriaan wajah orang beriman (dan) dengan
tongkatnya sehingga ahli khiwan (yang sedang makan) berhimpun pada
hidangan masing-masing. Salah seorang berkata: “Hai yang beriman” dan
berkata: “Hai yang kafir.”
Riwayat Ahmad (7937), Ibn Majah (4066) dan al-Tirmizi (3187).
Wallahualam.
Comments
Post a Comment