Posts

Showing posts from May, 2021

[ VIDEO ] Penunggang motosikal maut badan terputus dua

Image
  BERA – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 34 Jalan Temerloh-Bahau di sini semalam. Dalam kejadian itu menyaksikan mangsa See Ben Kooi, 63, meninggal dunia di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan parah selepas badannya terputus dua. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mansor Shamsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bahau ke Triang. “Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta. “Akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Katanya, berdasarkan siasatan awal menda

[ VIDEO ] Kerana dendam, 5 pejalan kaki maut

Image
Dalian: [ DIKEMASKINI ] Lima pejalan kaki yang sedang melintas maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju dalam kejadian di sini, pada Sabtu. Lelaki berusia 32 tahun yang memandu kereta itu cuba melarikan diri selepas rempuhan itu bagaimanapun berjaya ditahan, lapor SCMP. Siasatan awal polis mendapati suspek yang hanya dikenali sebagai Liu bertindak demikian kerana kecewa pelaburannya gagal dan mahu 'membalas dendam terhadap masyarakat'. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon bimbit kejadian yang kini tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan hitam memecut ke arah sekumpulan pejalan kaki ketika mereka melintas. Menurut kenyataan polis, Liu yang bekerja sebagai pendandan rambut melanggar lampu merah dan memecut dengan kelajuan 108 kilometer sejam dalam tujuh saat sebelum merempuh kumpulan pejalan kaki itu. Selepas merempuh pejalan kaki, Liu melarikan diri dengan keretanya sebelum bertembung dengan van di sebuah persimpangan. Dia kemudiannya menin