Pasangan Muslim berketurunan Turki penemu vaksin
BERKONGSI kecintaan yang sama dalam bidang perubatan, pasangan suami isteri dari Jerman iaitu Profesor Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci telah mencipta sejarah dalam penghasilan vaksin Covid-19. Kejayaan menghasilkan vaksin tersebut juga menjadi bukti dedikasi dua orang anak migran dari Turki itu terhadap tugas mereka. Demi tanggungjawab terhadap tugas yang dipikul, pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada 2002 itu terus ke makmal sebaik sahaja selesai upacara perkahwinan mereka. Kajian mencari vaksin tersebut telah dimulakan oleh pasangan itu sejak Januari tahun lalu menerusi syarikat BioNTech yang ditubuhkan oleh mereka berdua sejak 12 tahun lalu. Kerjasama antara BioNTech dan syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat, Pfizer telah menghasilkan vaksin yang mempunyai kadar keberkesanan lebih 90 peratus dalam ujian kinikal peringkat akhir. Kejayaan tersebut meletakkan BioNTech dan Pfizer di hadapan dalam perlumbaan mencari penawar penyakit berjangkit yang telah ...