Posts

Showing posts from December, 2020

Jumpa mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kaki

Image
  INDONESIA 08 Disember -Satu mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua-dua belah kaki ditemui di tebing sungai dekat Perumahan Bumi Satria Kencana, kelurahan Kayuringin Jaya, Bekasi Selatan, semalam. Mayat tersebut dijumpai sekitar jam 8 pagi waktu tempatan oleh pemilik bengkel berhampiran yang curiga dengan penemuan gunting dan pakaian berhampiran bengkel miliknya sekitar jam 8 pagi waktu tempatan ketika mahu memulakan perniagaan. Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki "Curiga dengan penemuan tersebut, beliau meninjau kawasan sekitar sebelum terkejut dengan penemuan mayat dalam keadaan mengerikan di tebing sungai dan bertindak melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis" katanya. Ketua polis Metro Bekasi Kota, Kombes Pol. Wijonarko mengesahkan kejadian. Keadaan mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua belah kaki "Hari ini kita menerima laporan berhubung penemuan satu mayat tanpa kepala, lengan kiri dan kedua-dua belah kaki juga tidak ada"

'Gerak hati' bantu jejak penyeludup

Image
Padang Besar: Selain ketajaman pancaindera seperti penglihatan dan pendengaran, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) perlu mempunyai ketepatan gerak hati sebagai deria keenam dalam melakukan tugas rondaan dan menjejaki penceroboh di sempadan negara. Anggota Batalion 3 PGA Sarjan Che Min Anjang, 58, berkata berdasarkan pengalamannya selama 42 tahun bertugas dalam PGA, gerak hati banyak membantunya menghidu awal kelibat penyeludup dan pendatang asing tanpa izin (Pati) menyelinap masuk ke sempadan negara. "Ketepatan gerak hati adalah sesuatu yang tidak dapat dipelajari atau ditimba menerusi pengalaman, sebaliknya ia satu anugerah yang lahir daripada hati yang ikhlas. "Bagi saya apa yang penting adalah niat ikhlas bekerja untuk menyumbang bakti, tenaga dan nyawa bagi mempertahankan kedaulatan negara tanpa mengira erti penat dan lelah....itulah pegangan saya dari awal menyertai PGA," katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Sempadan PB14, di sini, baru-baru ini. Che Min berkata, ber