Posts

Showing posts from February, 2021

Imam al-Bukhari: Berguru lebih 1,080 Syeikh

Image
  KOTA Bukhara di Uzbekistan mempunyai hubungan sejarah yang cukup erat sehingga kini dengan Islam. Tokoh kelahiran kota berkenaan iaitu Imam al-Bukhari sentiasa disebut dan diperbincangkan dalam disiplin pengajian Islam sehingga hari ini. Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 13 Syawal tahun 194H di Bukhara. Semasa kecil, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang pintar dan gigih menimba ilmu pengetahuan. Beliau mula mempelajari hadis sejak daripada umur 10 tahun. Pada usia 16 tahun, beliau sudah pun menghafal kitab karangan Imam Ibnu al-Mubarak dan Imam Waki'. Pada umur 18 tahun pula, beliau sudah menulis kitab mengenai ijtihad para sahabat dan tabiin serta kitab al-Tarikh. Dalam mencari hadis, beliau mengembara ke pelbagai daerah seperti Hijjaz, Syam, Mesir, Basrah, Kufah, Baghdad dan Khurasan. Beliau sudah berguru dan mempelajari hadis daripada lebih 1,080 orang syei